Piala Thomas: Zii Jia sumbang mata pertama Malaysia

Iklan
Zii Jia - Foto BAM

JAGUH perseorangan negara, Lee Zii Jia meraih mata pertama negara apabila menewaskan wakil India, Lakshya Sen pada perlawanan suku akhir Piala Thomas di Impact Arena, Bangkok, Thailand sebentar tadi.

Walaupun diberikan tentangan sengit pada set pertama, Zii Jia dilihat menggunakan segala pengalaman yang dimilikinya untuk menang 23-21.

Iklan
Iklan

Memasuki set kedua, Zii Jia dilihat tidak mempunyai masalah untuk menumbangkan Lakshya apabila memperoleh kemenangan 21-9.

Kemenangan ini sekaligus memberikan mata pertama buat skuad Malaysia dan menjadikan skuad lelaki negara mendahului 1-0 ke atas India buat masa ini.

Iklan
Iklan