Malaysia kecam pembunuhan wartawan Shireen Abu Akleh

Iklan
Malaysia mengutuk keras pembunuhan wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh oleh Israel di Jenin di Wilayah Palestin yang diduduki daripada Tebing Barat. - Foto: AFP/Al Jazeera

PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk keras pembunuhan wartawan Palestin, Shireen Abu Akleh oleh Israel di Jenin di Wilayah Palestin yang diduduki daripada Tebing Barat.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, Israel mesti bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pembunuhan tersebut.

Iklan
Iklan

"Ia tindakan jenayah yang kejam sekaligus mempamerkan kekejaman berterusan rejim Israel terhadap rakyat Palestin.

"Kerajaan Malaysia mengucapkan takziah yang tidak terhingga kepada keluarga dan rakyat Palestin," ciapnya di Twitter pada Khamis.

Iklan

Shireen,51, merupakan wartawan veteran al-Jazeera ditembak mati oleh tentera Israel pada awal pagi Rabu ketika membuat liputan serbuan ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki.

Wanita itu berasal dari Bethlehem, tetapi dibesarkan di Baitulmaqdis, menurut QNA.

Iklan

Beliau pada mulanya belajar seni bina di Universiti Sains dan Teknologi Jordan, kemudian bertukar ke bidang kewartawanan serta memperoleh ijazah sarjana muda dari Universiti Yarmouk di Jordan.

Selepas menamatkan pengajian, Shireen kembali ke Palestin dan bekerja di beberapa stesen seperti UNRWA, Radio Suara Palestin, Saluran Satelit Amman, Yayasan Miftah, dan Radio Monte Carlo.

Pada 1997, beliau menyertai saluran satelit al-Jazeera dan bertugas dengannya sehingga nafas terakhir.