HASRAT pemain perseorangan muda negara, Ng Tze Yong untuk menyumbang mata kedua Malaysia pada aksi suku akhir Piala Thomas tidak kesampaian apabila tumpas kepada pemain lebih berpengalaman dari India, Srikanth Kidambi.
Dalam perlawanan tersebut, pemain berusia 21 tahun ini tumpas kepada Kidambi secara straight set 11-21 dan 17-21 dalam tempoh masa 41 minit permainan.
Kemenangan Kidambi ini membolehkan skuad India merangkul mata kedua sekaligus mendahului Malaysia dengan skor 2-1 pada ketika ini.