GANDINGAN 'scratch pair', Aaron Chia-Teo Ee Yi menyalakan harapan Malaysia untuk ke separuh akhir Piala Thomas apabila menang ke atas pasangan India, Krishna Prasad Garaga-Vishnuvardhan Goud Panjala sebentar tadi.
Aaron-Ee Yi diturunkan sebagai wakil keempat negara tidak berdepan masalah apabila menang ke atas pasangan di ranking ke-45 dunia itu secara straight set 21-19 dan 21-17 dalam tempoh masa 37 minit.
Kemenangan oleh Aaron-Ee Yi idtu sekaligus membolehkan Malaysia memungut mata yang kedua dan mengikat India dengan kedudukan 2-2 ketika ini.