Produk sampah berleluasa di media sosial

Iklan
Foto hiasan 123RF

MERAK Jalanan kadang-kadang teruja juga membaca atau menonton testimoni produk kesihatan yang berleluasa dijual di media sosial. Ada pelanggan mendakwa dia kembali bertenaga selepas minum satu produk jus, dan ada pula pelanggan berkerusi roda dapat berjalan semula setelah seminggu mencuba satu produk tablet kesihatan.

Pendek kata, mereka kembali pulih daripada penyakit-penyakit kronik hanya dengan membeli produk kesihatan daripada media sosial.

Iklan
Iklan

Sebenarnya hidup sihat adalah idaman manusia. Walaupun ramai orang gilakan harta, pangkat dan pasangan, semua itu tidak berguna kalau dah sakit. Mereka sanggup bergolok bergadai untuk sihat semula.

Sebab itulah umpan kesihatan amat berkesan untuk melariskan bisnes. Lebih-lebih lagi kalau produk itu dihasilkan daripada campuran makanan sunnah seperti madu dan buah delima.

Iklan

Merak Jalanan tak nafikan kebaikan makanan sunnah kepada kesihatan. Namun di Malaysia ada undang-undang yang melarang kita mengiklankan produk kesihatan dengan dakwaan tertentu kerana takut disalahgunakan.

Merak Jalanan cuma bimbangkan dakwaan berlebihan mengenai khasiat produk kesihatan berkenaan. Apatah lagi kalau produk itu tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

Iklan

Menurut KKM, iklan ubat dan produk kesihatan dilarang membuat tuntutan perubatan terhadap 20 jenis penyakit sama ada mengenai keupayaan untuk mencegah, merawat atau mendiagnosis. Ini termasuk penyakit buah pinggang dan jantung, diabetes, kanser, darah tinggi dan lemah fungsi seks.

Merak Jalanan dengar ada pesakit percaya ubat hospital boleh merosakkan organ dalaman. Jadi mereka beralih kepada produk tradisonal yang kononnya lebih semula jadi. Tetapi produk kesihatan ini juga ada kesan sampingan, malah sesetengah doktor menggelarnya produk sampah kerana boleh memudaratkan kesihatan.

Kalau betul produk yang dijual itu berkesan, tentulah rakyat Malaysia semakin sihat. Sebaliknya pesakit kronik bertambah setiap tahun.