Dua ekor ikan lumba-lumba bermain dengan anakonda

Iklan
Dua ekor ikan lumba-lumba bermain dengan seekor ular anakonda di sebatang sungai di Bolivia pada tahun lalu. - Foto Entiauspe-Netoetal2022EcologyCCBY4.0

SUCRE - Dua ekor ikan lumba-lumba jantan ditemui sedang bermain dengan seekor ular anakonda di sebatang sungai di Bolivia pada tahun lalu tetapi hanya didedahkan baru-baru ini.

Aksi itu dirakamkan oleh penyelidik di Sungai Tijamuchi, Bolivia yang mana ular tersebut dilihat berada di dalam mulut kedua-dua haiwan berkenaan.

Iklan
Iklan

Ular besar itu dikenali sebagai Beni anaconda atau nama spesiesnya, Eunectes beniensis yang boleh mencapai panjang lebih empat meter.

Ikan lumba-lumba di sungai Bolivia pada kebiasaannya berenang di bawah permukaan sungai tersebut.

Iklan

Penyelidik berpendapat ikan lumba-lumba itu sedang bermain dan tidak cuba untuk memakan anaconda itu.

Aksi itu berlaku pada Ogos 2021 dan penyelidik kini telah menerbitkan artikel yang menjelaskan tentang kejadian tersebut dalam jurnal Ekology. - Agensi

Iklan