Bomba selamatkan kanak-kanak terkunci dalam kereta

Iklan
Anggota menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang terperangkap dalam kereta terkunci menggunakan peralatan khas.

MELAKA - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun diselamatkan pasukan bomba selepas terperangkap dalam sebuah kereta yang terkunci di Taman Limbongan Permai di sini, pada malam Khamis.

Kejadian berlaku ketika ibu kanak-kanak berkenaan singgah sebentar di rumah keluarga sebelum mangsa dipercayai bermain tekan-tekan pada pintu lalu terkunci dalam kenderaan terbabit.

Iklan
Iklan

Komander operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) ll, Azlan Abd Rahman berkata, pihaknya ke lokasi kejadian sejurus selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 8.30 malam.

Menurutnya, seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Melaka Tengah dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba di tempat itu lebih kurang jam 8.43 malam.

Iklan

"Setibanya di lokasi, kanak-kanak perempuan itu didapati masih terkunci dalam kereta terbabit.

"Anggota bomba kemudian menggunakan peralatan khas untuk mengeluarkan mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Jumaat.

Iklan

Jelasnya, kanak-kanak itu tidak mengalami kecederaan dan diserahkan kepada keluarganya.