WASHINGTON DC - Malaysia kini menyuarakan nada yang sama, lebih daripada sebelum ini, dengan Indonesia bahawa sudah sampai masanya untuk memperkukuh perpaduan dan kekuatan kepusatan ASEAN dalam menghadapi ketidaktentuan global, kata Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Menerusi catatan di Twitter pada Khamis, beliau berkata, selepas mengadakan mesyuarat dua hala yang aktif dan paling memberangsangkan dengan Menteri Perdagangan Indonesia, Muhammad Lutfi di luar Sidang Kemuncak Khas AS-ASEAN pada Khamis, kedua-duanya bersetuju mengenai kepentingan untuk mengekalkan suara ASEAN didengar di wacana antarabangsa yang diadakan di platform plurilateral dan multilateral.