Wanita cari bapa kandung jadi wali nikah

Iklan
Busyraa menunjukkan gambarnya ketika masih kecil.

HULU TERENGGANU - Seorang wanita dari Kampung Sungai Ular, Kuala Berang, di sini, memohon bantuan orang ramai mengesan bapa kandungnya untuk menjadi wali pada majlis pernikahan yang bakal berlangsung pada 11 Jun depan.

Busyraa Mohamad, 30, berkata, dia tidak pernah mengenali bapanya, Mohamad Abdullah, 54, kerana terpisah sejak dalam kandungan dan telah diserahkan kepada keluarga angkat ketika berusia tiga hari.

Iklan
Iklan

Menurutnya, ibu kandungnya, Hasnah Jaafar, 51, telah menyerahkannya untuk dijaga keluarga angkat selepas dilahirkan di Kampung Pak Jak, Pasir Mas, Kelantan.

"Saya ada berjumpa ibu awal tahun lalu di Kelantan namun dimaklumkan dia kini telah pulang ke Thailand.

Iklan

"Ibu kandung saya juga tiada maklumat mengenai ayah kandung sejak mereka berpisah ketika waktu itu saya masih dalam kandungan," katanya.

Menurut Busyraa, orang ramai yang punyai maklumat dan mengenai bapanya boleh menghubunginya di talian 014-5267726.

Iklan