Wushu sumbang dua emas

Iklan
Clement Ting meraih emas ke-10 negara dalam acara acara Changquan (lelaki). - Foto FB MSN

ATLET Malaysia terus beraksi cemerlang pada Sukan SEA Hanoi 2021 apabila menghasilkan dua lagi pingat emas dalam sukan wushu pagi tadi.

Pingat emas ke-10 negara disumbangkan atlet wushu, Clement Ting Su Wei dalam acara Changquan (lelaki).

Iklan
Iklan

Clement Ting mencatatkan 9.70 mata untuk menewaskan pencabar-pencabar lain bagi acara berkenaan.

Zhi Yan meraih emas ke-11 negara dalam acara Wushu Sukan SEA Hanoi 2021. - Foto FB MSN

Kejayaan Clement Ting itu berjaya menyemarakkan semangat seorang lagi atlet wushu negara, Tan Zhi Yan untuk meraih emas ke-11 negara dalam acara Taijiquan (lelaki).

Iklan

Zhi Yan mencatatkan 9.71 mata dalam acara berkenaan bagi mengenepikan pencabar-pencabar lain.

Calvin Lee meraih pingat perak bagi acara wushu hari ini. - Foto FB MSN

Kecemerlangan atlet negara dalam sukan wushu, diteruskan lagi apabila Calvin Lee Wai Leong meraih perak dalam acara Nandao (lelaki) apabila mencatatkan 9.68 mata.

Iklan

Ternyata debut ketiga-tiga atlet wushu lelaki negara pada Sukan SEA kali ini tidak menghampakan apabila berjaya merangkul pingat emas sekali gus melangkaui jangkaan pihak pengurusan.

Bagaimanapun bagi atlet wushu wanita, Pang Pui Yee yang beraksi dalam acara Jianshu manakala Lee Jia Rong yang beraksi dalam acara Gunshu, perlu menunggu satu lagi acara bagi mengetahui keputusan penuh acara yang disertainya.