Presiden UAE, Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan meninggal dunia

Iklan
Sheikh Khalifa Zayed al-Nahyan (depan) meninggal dunia pada usia 73 tahun. - Foto AFP

ABU DHABI- Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al-Nahyan, meninggal dunia ketika umur 73 tahun pada Jumaat, lapor media tempatan.

"Kementerian Hal Ehwal Presiden mengucapkan takziah kepada rakyat UAE dan dunia Islam... di atas pemergian Sheikh Khalifa pada 13 Mei," menurut agensi berita rasmi WAM.

Iklan
Iklan

Justeru, kementerian mengumumkan tempoh 40 hari berkabung dengan bendera diturunkan separuh tiang yang bermula Jumaat manakala kerja di sektor awam dan swasta telah ditangguhkan selama tiga hari pertama.

Sheikh Khalifa mengambil alih sebagai presiden kedua UAE pada November 2004, bagi menggantikan bapanya sebagai pemerintah ke-16 Abu Dhabi.

Iklan

Allahyarham jarang dilihat dalam khalayak ramai sejak 2014 sejak menjalani pembedahan akibat strok.

Adiknya, Putera Mahkota Abu Dhabi, Mohammed Zayed telah dilihat sebagai pemerintah de facto UAE dalam beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

Iklan