JAGUH baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong menebus kekecewaan mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA Manila 2019 di Filipina apabila mengungguli acara tersebut dengan catatan 66.49 meter (m).
Lebih manis lagi, pada acara tersebut, seorang lagi atlet Malaysia, Sadat Maryuqi Ajisan berjaya meraih gangsa, manakala atlet Thailand, Kittipong Boonmawan memenangi pingat perak.