Rancangan penempatan semula dijangka bermula April

Iklan
Bhasan Char terdedah kepada risiko banjir, puting beliung dan cuaca buruk yang mengancam keselamatan pelarian.

DHAKA - BANGLADESH. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dilapor sedang meneliti langkah membantu Bangladesh menempatkan semula pelarian etnik Rohingya ke sebuah pulau terpencil, disebalik amaran pelan tersebut mampu mencetuskan pergolakan isu kemanusiaan.

Penempatan semula 100,000 ribu pelarian ke Bhashan Char, sebuah pulau kecil di Teluk Bengal itu bakal mengurangkan kepadatan kem pelarian di sempadan selatan Bangladesh yang dihuni hampir sejuta Rohingya Muslim yang melarikan diri daripada kekejaman tentera Myanmar dan kini menjalani kehidupan serba daif.

Iklan
Iklan

Kenyataan pejabat koordinator PBB berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan kerajaan Bangladesh bagi memastikan pelarian yang dipindahkan ke sana dapat meneruskan hidup dengan selamat, selain menegaskan proses pemindahan harus dilakukan secara sukarela.

Terdahulu, langkah pemindahan pelarian ke Bhashan Char, kira-kira satu jam perjalanan menggunakan bot dari tanah besar tidak dipersetujui kebanyakan pelarian susulan kebimbangan pulau kecil itu tidak mampu bertahan daripada ancaman monsun yang membadai pantai Bangladesh saban tahun.

Iklan

Sementara itu, pihak berkuasa Bangladesh dilapor telah membina tempat perlindungan dan dinding penghadang banjir dan akan mula memindahkan pelarian bermula April.

Bhasan Char terdedah kepada risiko banjir, puting beliung dan cuaca buruk yang telah meragut ratusan ribu nyawa dalam masa beberapa dekad lalu.

Iklan

Beberapa wakil PBB dilapor telah melawat pulau terbabit namun akses masih tidak diberikan kepada pihak media. - AFP