MPK dibebani tunggakan cukai RM19 juta

Iklan

KANGAR - Majlis Perbandaran Kangar (MPK) kini menanggung beban tunggakan cukai taksiran kira-kira RM19 juta dengan sikap bertangguh penduduk dalam menjelaskan cukai antara punca utama tunggakan.

Setiausaha MPK, Wan Ahmad Fazli Wan Kamis berkata, susulan itu majlis perbandaran tersebut menimbang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang berkenaan.

Iklan
Iklan

Nilai cukai taksiran adalah rendah, namun sikap bertangguh menyebabkan amaun yang perlu dijelaskan adalah besar sekali gus menimbulkan masalah untuk melunaskan kesemua tunggakan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Cabutan Bertuah MPK 2019 bagi 25 pembayar cukai, di sini hari ini.

Bagaimanapun katanya, MPK bersedia untuk berunding dengan mereka yang mempunyai tunggakan besar bagi membolehkan mereka melakukan pembayaran secara ansuran.

Iklan

Program hari ini menawarkan hadiah menarik berupa motosikal dan barangan elektronik sebagai penghargaan MPK terhadap pembayar cukai taksiran yang membayar mengikut tempoh di samping menggalakkan masyarakat melaksanakan tanggungjawab membayar cukai.

Wan Ahmad Fazli berkata terdapat tanda-tanda positif pembayar cukai menyambut baik program cabutan bertuah yang dianjurkan itu apabila jumlah kutipan cukai taksiran bagi Januari hingga Februari 2019 meningkat 6.82 peratus kepada lebih RM6 juta berbanding kira-kira RM5.9 juta tahun lepas. - Bernama

Iklan