[VIDEO] Cikgu Shahrul guna formula tersendiri tarik minat murid

Iklan
Dua murid Tahun 4 SK Kelulut bersama Ahmad Shahrul ketika memimpin guru berkenaan menuju ke kelas.

MARANG – Biarpun memiliki keupayaan yang terhad, seorang guru orang kurang upaya (OKU) penglihatan di Sekolah Kebangsaan Kelulut, Marang di sini mempunyai formula tersendiri untuk menarik minat murid sekali gus menguasai subjek yang diajar.

Menjadi tenaga pengajar di sekolah harian biasa, Ahmad Shahrul Wahid, 42, yang berasal dari Seberang Takir di Kuala Nerus itu, tidak menjadikan ia sebagai halangan untuk terus menabur jasa dan bakti.

Iklan
Iklan

Bapa kepada seorang anak itu akan memastikan menyebut sekurang-kurangnya sekali nama setiap murid yang mengikuti mata pelajarannya dalam kelas.

"Ia mengelak kekeliruan kerana pernah berlaku ketika saya memanggil nama singkatan, ketiga-tiga murid yang mempunyai nama serupa menyahut dan bangun. Sebab itu saya hafal semua nama penuh murid,” katanya.

Iklan

Ahmad Shahrul merupakan guru Sejarah dan Pendidikan Kesenian.

Jelasnya, sepanjang 17 tahun bergelar guru, isterinya, Roslazifah Muhammad, 38, banyak membantu memudahkan persiapan untuk beliau mengajar dan kini turut dibantu oleh anaknya, Raudhah Al-Huda, 8.

Iklan

"Selain meminta bantuan mereka untuk menilai hasil kerja murid, saya akan gunakan screen reader pada komputer riba untuk memudahkan proses menilai kerja murid dan melakukan persediaan mengajar,” katanya.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pulau Pinang (kanan) menggunakan bahasa isyarat ketika berbual dengan tiga gurunya yang menghadapi masalah pendengaran.

Harapan tiga guru buat murid senasib mereka

Meskipun dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU) dan terpaksa berdepan pelbagai kesukaran, ia tidak mematahkan semangat tiga pendidik ini untuk cekal jalani kehidupan.

Berbekal ilmu, kemahiran dan pengalaman bergelar OKU pekak, kini ketiga-tiga wanita itu memilih untuk mencurahkan ilmu kepada anak murid di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Pulau Pinang.

Guru Matematik, Law Sook Yin mengakui mendidik murid pendidikan khas terutamanya bermasalah pekak memerlukan kreativiti dan kesabaran tinggi bagi membantu mereka benar-benar memahami subjek berkenaan.

"Saya amat harapkan yang murid-murid di sini terus bersemangat untuk menjadi orang berjaya,” katanya.

Turut berkongsi cerita, Teoh Chia Ling, 41 yang mengajar subjek Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Beliau pernah mengajar di dua sekolah kebangsaan pendidikan khas di Alor Setar dan Kelantan selama 10 tahun, sebelum kembali ke Pulau Pinang.

Menceritakan cabaran dalam kerjayanya, Chia Ling berkata, murid pendidikan khas juga mempunyai ragam dan kerenah tersendiri, namun sebagai guru, ia memerlukan kesabaran serta ikhlas dalam menyampaikan ilmu.

Guru Bahasa Inggeris, Lim Yong Loo, 34, berkata, isu komunikasi dihadapi bukan sahaja berlaku di antara dirinya dengan murid, malah mereka berdepan kesukaran ketika berhadapan guru lain dan ibu bapa murid.

Yong Loo berpendapat, kemahiran mengusai bahasa isyarat perlu diperkasa berikutan hampir keseluruhan murid di sini berdepan dengan masalah pendengaran.

Mohamad Azahar sentiasa komited terhadap tugasnya sebagai pendidik dan menyelesaikan tugasan diberikan dengan cemerlang biarpun serba kekurangan.

Kekurangan jadi peluang untuk lebih cemerlang

Kekurangan dalam diri merupakan satu peluang buat seseorang menjadi lebih cemerlang.

Itu prinsip diri Mohamad Azahar Adnan, 56, apabila berjaya membuktikan dirinya mampu melakukan tugas lebih baik daripada biasa biarpun berstatus orang kurang upaya (OKU).

Dia yang kini berkhidmat di Sekolah Kebangsaan Perpaduan di sini, dan pernah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang sebanyak dua kali itu kehilangan sebahagian tangan kirinya dalam satu kemalangan pada tahun 1980.

"Saya tak pernah anggap keadaan fizikal ini satu kekurangan tetapi sebenarnya kelebihan untuk buat lebih baik dari orang lain. Berilah apa sahaja tugasan pun, saya akan buat dan pastikan ia berjaya.

"Jika difikirkan susah memang akan jadi susah, namun, kekurangan ini jadikan saya lebih bersemangat untuk bekerja kerana mampu buat lebih baik dari orang lain yang sempurna,” katanya.

Mohamad Azahar yang merupakan Ketua Panitia Bahasa Melayu berkata, menjadi guru sementara di kampung Orang Asli di Sungai Siput sekitar tahun 1990 banyak memberi pengalaman sebagai pendidik.

Menurutnya, selepas itu pelbagai cabaran diharungi demi memastikan kejayaan dicapai dalam mendidik anak-anak murid.