Korea Utara lapor 15 kes kematian akibat Covid-19

Iklan
Korea Utara melaporkan 15 kematian akibat Covid-19 dan 296,180 lagi kes jangkitan. - Gambar hiasan

SEOUL - Korea Utara pada Ahad melaporkan 15 kematian akibat Covid-19 dan 296,180 lagi kes jangkitan, tiga hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama, lapor Agensi Berita Yonhap.

Angka kematian mencecah 42 dan mereka yang mengalami simptom demam telah melebihi 820,620 sejak akhir April, menurut Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).

Iklan
Iklan

Lebih 496,030 sembuh setakat ini dan sekurang-kurangnya 324,550 pesakit kini menerima rawatan.

Data dikeluarkan ibu pejabat pencegahan wabak kecemasan negara.

Iklan

Dengan langkah kecemasan yang pantas diambil bagi mengekang penularan virus itu, menurut KCNA, ramai yang mati akibat kecuaian pengambilan ubat kerana kekurangan pengetahuan dan pemahaman tentang jangkitan varian Omicron.

Semua wilayah, bandar dan daerah di negara ini telah ditutup dan unit kerja, pengeluaran dan kediaman dihentikan sejak 12 Mei serta pemeriksaan ketat dan intensif terhadap semua orang sedang dijalankan.

Iklan

Khamis lalu, Utara mengumumkan jangkitan varian Omicron selepas negara itu mendakwa ia bebas daripada Covid-19 dua tahun lalu. - Bernama