Kejayaan Liverpool membanggakan

Iklan
Kapten Liverpool, Jordan Henderson menjulang trofi Piala FA setelah menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti di Wembley pada Sabtu. - Foto The 42

KEJAYAAN Liverpool menjulang trofi Piala FA setelah menewaskan Chelsea menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 pada aksi final di Wembley pada Sabtu, dilihat sebagai satu pencapaian yang cukup membanggakan.

Mengulas lanjut pengendali Liverpool, Jurgen Klopp menyifatkan kejayaan berkenaan secara tidak langsung membuatkan The Reds semakin hampir untuk merealisasikan misi melakar empat kejayaan semusim (quadruple).

Iklan
Iklan

"Kita semakin hampir untuk melakukannya (quadruple) dan ia benar-benar sesuatu yang luar biasa dan jarang berlaku.

"Bagaimanapun, kini kita sudah boleh mula bercakap mengenainya. Memang gila, tetapi inilah keadaan yang sedang diharungi.

Klopp - Foto EPA

Iklan

"Oleh itu, kesemua pemain diharap kekal fokus dalam usaha merealisasikan misi luar biasa ini,” katanya.

Aksi final pada Sabtu menyaksikan Liverpool menewaskan Chelsea 6-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan sehingga tamat masa tambahan.

Iklan

Pemain gantian Konstantinos Tsimikas muncul wira The Reds apabila menyempurkan sepakan penalti setelah sepakan pemain Chelsea, Mason Mount diselamatkan penjaga gol, Allison Becker.

Bagaimanapun, Liverpool berpeluang meraikan kejayaan lebih awal namun sepakan kelima Sadio Mane berjaya diselamatkan penjaga gol Chelsea, yang rakan sepasukannya dalam skuad kebangsaan Senegal Edouard Mendy.

Mengulas mengenai aksi final berkenaan, Klopp berkata, ia ternyata satu perlawanan yang penuh dengan tekanan terutamanya apabila kedua-dua pasukan gagal menghasilkan sebarang gol pada masa permainan sebenar.

Bagaimanapun ketahanan mental pemain Liverpool sehingga ke penghujung perlawanan dilihat sebagai antara faktor yang membantu The Reds menjulang trofi Piala FA musim ini.

"Bagi saya, pemain-pemain telah memberikan aksi terbaik dan ia cukup membuatkan saya berbangga untuk bersama kelab ini.

"Apa pun, diharapkan momentum kemenangan ini bakal berterusn dalam usaha kita untuk mencabar dua lagi piala dalam melengkapkan misi quadruple musim ini,” katanya.