Polis siasat penemuan mayat di Kampung Tok Pasai

Iklan
Ahmad Shukri

ALOR SETAR - Polis masih menyiasat penemuan mayat di tingkat tiga sebuah bangunan dekat Kampung Tok Pasai, Kuala Kedah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian selepas mayat berkenaan ditemukan pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini identiti mayat terbabit masih belum diketahui.

"Saya mengesahkan penemuan mayat terbabit namun siasatan masih dijalankan," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.

Iklan

Ahmad Shukri berkata, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

"Selepas kita perolehi keputusan bedah siasat, kita akan putuskan sama ada kes ini ada kemungkinan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

Iklan

Terdahulu, tular di laman sosial berkaitan penemuan mayat di kawasan tersebut namun tiada maklumat berhubung kejadian itu.