Zahid nafi pindaan perlembagaan bagi selamatkan kedudukannya

Iklan
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menafikan pindaan Perlembagaan UMNO pada Ahad bagi menyelamatkan kedudukannya sebagai presiden parti.

Beliau turut menyifatkan mana-mana pihak yang berpandangan dan berfikiran sempit seperti itu sebagai dangkal.

Iklan
Iklan

"Saya mendengar adanya suara-suara di kalangan kita, kononnya pindaan ini untuk menyelamatkan kedudukan Zahid Hamidi sebagai Presiden. Suka saya tegaskan, ia tidak benar.

"Dangkallah jika ada di kalangan kita, termasuk saf kepimpinan tertinggi parti, berpandangan dan berfikiran sempit sedemikian,” tegasnya.

Iklan

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Perhimpunan Agung Khas UMNO (PAU Khas) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid menjelaskan, pindaan yang dibuat bagi memberi mesej kepada orang ramai bahawa UMNO mengutamakan kepada kestabilan.

Iklan

Menurutnya, kestabilan itu adalah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), mengembalikan perjuangan dan mempersiapkan ‘pewaris’ kesinambungan.

"Apa maknanya agenda kestabilan yang kita tawarkan kepada rakyat, seandainya dalaman parti kita sendiri tidak tenteram.

"Parti berpecah, wujudnya puak dan kelompok yang pada akhirnya merugikan kita semua,” katanya.

Ahmad Zahid menegaskan, pihaknya juga tidak sanggup melihat UMNO menjadi kucar kacir.

"Ingatlah, selepas biduk berlalu, kiambang belum tentu bertaut kembali. Perpecahan hanya akan merugikan UMNO,” ujarnya.