AMPANG - Seorang lelaki cedera di kepala selepas terjatuh ke longkang sedalam empat meter sewaktu cuba memanjat pokok mempelam berhampiran longkang tersebut.
Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa berusia lingkungan 40-an itu terjatuh selepas salah satu dahan yang dipijak patah.
Menurutnya, panggilan berhubung kejadian diterima pada jam 2.32 petang pada Ahad melibatkan kejadian yang berlaku di Taman Pandan Indah, di sini.