Budak perempuan maut disyaki didera

Iklan
Gambar hiasan. (Gambar kecil: Mior Faridalathrash)

IPOH - Polis menahan ibu dan bapa saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang maut disyaki akibat didera di sini pada Ahad.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, polis menerima laporan daripada pegawai perubatan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) berkaitan kematian mangsa.

Iklan
Iklan

"Mangsa dibawa oleh ambulans telah disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.45 pagi akibat didera.

"Bedah siasat yang dijalankan mendapati punca kematian adalah 'multiple blunt injury'," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Iklan

Menurutnya, siasatan membawa kepada tangkap pasangan suami isteri yang juga penjaga mangsa.

"Kedua-dua suspek akan dibawa ke mahkamah pada Isnin bagi mendapatkan permohonan reman untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes tersebut boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan S Dasarathan di talian 012-5644484 untuk membantu siasatan," katanya.