Hanoi 2021: Capai matlamat beri pelapis pendedahan

Iklan
Skuad sepak takraw lelaki meraih pingat perak dalam acara regu berpasukan Sukan SEA Hanoi 2021. - Foto Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM)

KEJAYAAN skuad sepak takraw lelaki dan wanita negara meraih pingat perak serta gangsa pada acara regu berpasukan Sukan SEA Hanoi 2021 di Pusat Sukan Hoang Mai, Hanoi, disifatkan pencapaian memuaskan.

Malah menurut ketua jurulatih skuad sepak takraw negara Abdul Talib Ahmad, pencapaian itu secara keseluruhannya mencapai matlamat iaitu dari segi memberikan pendedahan kepada para pemain muda yang beraksi.

Iklan
Iklan

"Alhamdulillah, tahniah kepada para pemain bagi pasukan takraw lelaki dan juga wanita yang beraksi di Sukan SEA kali ini.

"Bagi skuad lelaki setelah tewas kepada Thailand pada aksi pertama, mereka bangkit berikan aksi terbaik berdepan Vietnam di mana regu pertama dan regu kedua menang tetapi regu ketiga, mereka seharusnya menang, tetapi mungkin gugup kali pertama beraksi akhirnya tewas kepada Vietnam.

Iklan

"Bagi skuad wanita pula, persembahan mereka boleh dibanggakan kerana berjaya menewaskan Laos dan meraih pingat gangsa kali ini,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Sementara itu, Abdul Talib berharap para pemain dapat mengambil segala pengalaman sepanjang berada di Hanoi kali ini sebagai pengajaran bagi mengharungi pelbagai kejuaraan pada masa depan.

Iklan

"Tidak kira sama ada skuad lelaki mahu pun wanita, terutamanya kepada para pemain muda, semua perlawanan di Sukan SEA kali ini diharapkan dapat dijadikan pengajaran kepada mereka.

"Seterusnya diharapkan pengalaman diperolehi pada Sukan SEA kali ini mampu dijadikan sebagai persediaan dalam mengharungi kejohanan akan datang,” katanya.