Raja Arab Saudi dibenarkan keluar hospital

Iklan
Raja Salman (tengah) meninggalkan Hospital Pakar Raja Faisal, Jeddah pada Ahad. - Foto Twitter/EKH_brk

JEDDAH - Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz dibenarkan keluar dari Hospital Pakar Raja Faisal, Jeddah pada Ahad.

Beliau dibenarkan keluar dari hospital itu selepas menjalani pemeriksaan perubatan dan tempoh pemulihan prosedur kolonoskopinya, kata satu kenyataan diraja Arab Saudi.

Iklan
Iklan

Pada 8 Mei lalu, Raja Salman menjalani prosedur kolonoskopi di hospital tersebut.

Raja Salman meninggalkan hospital itu bersama Putera Mahkota, Putera Mohammed Bin Salman, Emir wilayah Makkah, Putera Khaled Al-Faisal dan Emir wilayah Madinah, Putera Faisal Bin Salman.

Iklan

Raja Salman turut menyampaikan ucapan terima kasih dan kepada putera dan puterinya serta rakyatnya atas doa mereka.

Pemerintah itu turut merakamkan penghargaan kepada semua pemimpin dan ketua negara yang menelefon atau mendoakan beliau cepat sembuh. - Agensi

Iklan