JOHOR BAHRU- Sebuah kedai makan di daerah ini diarah tutup setelah pihak Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) mendapati tahap kebersihan premis berkenaan tidak memuaskan susulan isu viral yang mengaitkan kedai berkenaan dengan kes keracunan makanan.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Negeri Johor Ling Tian Soon berkata terdahulu, pihaknya menyiasat kes keracunan itu susulan dakwaan berkenaan keracunan makanan semalam (15 Mei) setelah seorang pelanggan makan roti di kedai makan tersebut.