PELUMBA pasukan Gresini Ducati, Enea Bastianini meraih kemenangan MotoGP ketiganya dalam tujuh perlumbaan musim ini apabila menjuarai Grand Prix Perancis, pada Ahad.
Dalam perlawanan yang berlangsung di litar Bugatti, Bastianini dilihat ketinggalan satu mata sebelum memperbaiki tunggangannya untuk berada di tempat kelima grid sekali gus memberi tekanan kepada rakan senegaranya dari Itali, Francesco Bagnaia.