ALOR SETAR - Kira-kira 300 rumah penduduk di Kampung Cina dan kawasan sekitarnya di Kuala Kedah di sini terjejas banjir kilat susulan air pasang serta hujan pada 12 tengah hari tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 12.13 tengah hari namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.