NEW DELHI - Kekurangan bahan api mungkin memaksa 80 peratus bas persendirian di Sri Lanka tidak dapat beroperasi mulai Selasa, menurut persatuan pengangkutan.
Persatuan bas mendapati sukar mendapatkan diesel meskipun pada Isnin Ceylon Petroleum Corporation (CPC) telah menyambung semula pengedaran bahan api di Sri Lanka termasuk di Colombo, menurut laporan Daily Mirror memetik setiausaha sebuah Persatuan Bas Persendirian Antara Wilayah, Anjana Priyanjith.