Satelit disangka UFO di Sydney

Iklan
Satu siri satelit disangka UFO oleh penduduk Sydney pada malam Sabtu lalu. - Foto Astofarmer Imaging NZ/ Youtube

SYDNEY - Rentetan cahaya misteri di langit Sydney pada malam Sabtu lalu, yang disangkakan objek terbang tidak dikenali (UFO), sebenarnya adalah satu siri satelit yang dilancarkan dari Amerika Syarikat ( AS).

Disebabkan satelit itu menggunakan kaedah baharu pelancaran, ia kelihatan seperti UFO.

Iklan
Iklan

Satelit itu dilancarkan dari Stesen Angkasa Lepas Cape Canaveral di Florida pada jam 4.40 petang waktu tempatan.

Ia dilancarkan oleh syarikat Starlink milik individu paling kaya di dunia, Elon Musk dan sebanyak 53 satelit milik syarikat tersebut telah dilancarkan.

Iklan

Seorang ahli astrofizik Universiti Kebangsaan Australia, Brad Tucker berkata, cara baharu ia dilancarkan menyebabkan satelit tersebut kelihatan seolah-olah sedang terbang dalam satu formasi.

Menurutnya, cara ia terbang sentiasa kelihatan pelik.

Iklan

Ini kerana satelit tersebut terbang dalam satu garisan.

Setiap titik cahaya yang dilihat di langit itu ialah satelit individu yang dilancarkan pada selang jarak beberapa meter sebelum ia bergerak perlahan-lahan sejauh ratusan meter, katanya kepada Sydney Morning Herald. - Agensi