IPOH - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan tragis hingga mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) di Kuala Kangsar minggu lalu akan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Kangsar pada petang Selasa.
Lelaki berusia 28 tahun itu akan disabitkan atas lima pertuduhan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Iklan
Iklan
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kertas siasatan kes itu telah dihantar ke Timbalan Pendakwa Raya dan mendapat arahan tuduh di mahkamah.
"Pemandu tersebut akan dibawa ke mahkamah petang ini (Selasa) untuk menghadapi lima pertuduhan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
Polis sebelum ini telah mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman pemandu berkenaan selama tujuh hari bermula Khamis lepas bagi membantu siasatan kes.