SEOUL - Korea Utara pada Selasa melaporkan enam lagi kematian disyaki akibat jangkitan Covid-19 dan negara itu mengerahkan tentera untuk membekalkan ubat ke farmasi di Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap.
Menurut maklumat ibu pejabat pencegahan wabak, enam kematian dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56, memetik Agensi Berita Pusat Korea (KCNA).