DBKL tidak pernah lantik ejen kutip sewa rumah, bil air

Iklan
Kenyataan media DBKL berhubung isu kutipan sewa, bayaran bil air di PA dan PPR DBKL.

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak pernah melantik mana-mana ejen bagi mengutip sewa rumah dan bil air di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Unit Media DBKL dalam satu kenyataan berkata, semua bayaran tersebut perlu dibayar di kaunter DBKL atau secara dalam talian melalui JomPay secara perbankan internet dan telefon mudah alih.

Iklan
Iklan

Menurutnya, DBKL tidak bertanggungjawab di atas kegagalan penerimaan bayaran oleh penyewa yang membuat bayaran kepada pihak ketiga.

"Penyewa diminta membuat aduan ke DBKL di adu@kl sekiranya terdapat individu, ejen atau syarikat yang menawarkan perkhidmatan kutipan hasil tersebut," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Tambah kenyataan itu, orang awam boleh merujuk lokasi dan waktu operasi kaunter DBKL boleh dirujuk di portal DBKL www.dbkl.gov.my.

Sementara itu, sumber DBKL memaklumkan, semakan mendapati terdapat penyewa yang mempunyai tunggakan sewa mendakwa telah membuat bayaran melalui ejen.

Iklan

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut tidak dapat disahkan benar atau sekadar alasan untuk mengelak membayar sewa rumah dan bil air mereka.