Lokasi pencarian nelayan hilang diperluas

Iklan
Ops Carilamat mangsa yang hilang kini meliputi 20.28 batu nautika dengan tertumpu di kawasan perairan Kuala Chendering.

KUALA TERENGGANU - Lokasi pencarian seorang nelayan yang dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh ke laut ketika dalam perjalanan pulang selepas mencandat sotong di perairan Terengganu, pada Isnin lalu diperluas.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli berkata, operasi mencari dan menyelamat (Ops Carilamat) kini meliputi 20.28 batu nautika dengan tertumpu di kawasan perairan Kuala Chendering di sini.

Iklan
Iklan

"Maritim Malaysia meneruskan Ops Carilamat yang memasuki hari kedua hari ini bagi mengesan koordinasi mangsa bot nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke laut pada Isnin lalu.

"Kita juga mengatur gerak bot Perkasa 1234 serta aset udara AW 139 dengan dibantu oleh aset Jabatan Perikanan, bot PTL 48 serta komuniti nelayan setempat dalam operasi ini," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Iklan

Isnin lalu, seorang nelayan warga emas, T Razali Wok, 74, dipercayai terjatuh ke laut pada kedudukan empat batu nautika dari Kuala Chendering, di sini.

Kejadian itu disedari tekong bot, Abu Bakar Yassin yang mendapati mangsa tiada semasa merapatkan bot ke jeti sebelum melaporkan kehilangan mangsa.

Iklan