250 pekerja tapak pembinaan hilang tempat tinggal

Iklan
Kebakaran melibatkan anggaran kemusnahan 90 peratus

KUALA LUMPUR - 30 unit rumah kongsi yang didiami 250 pekerja tapak pembinaan di Bandar Baru Bukit Jalil di sini, musnah dalam kebakaran petang tadi.

Seramai 40 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Jalil, Sungai Besi, Seputeh, Hang Tuah dan Sentul dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran Apartmen Sri Rakyat, di sini.

Keadaan rumah kongsi yang musnah dalam kebakaran berlaku petang tadi


Anggota bomba mengawal kebakaran rumah kongsi yang didiami 250 pekerja tapak pembinaan di Bandar Baru Bukit Jalil dalam kejadian petang tadi

Iklan
Iklan

Komander Operasi, Jalailudin Abdul Mubin berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur terima panggilan kecemasan pada jam 3.09 petang.

"Setibanya di lokasi pada jam 3.16 petang, didapati berlaku kebakaran rumah kongsi di tapak pembinaan melibatkan 4 Blok bertingkat kontena dengan melibatkan anggaran lebih kurang 30 unit rumah yang didiami seramai 250 orang pekerja.

Iklan

"Keluasan tapak kebakaran di rumah kongsi tersebut berkeluasan 600 meter persegi, anggaran kemusnahan kebakaran 90 peratus dan tiada mangsa yang terlibat," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Jalailudin, api dapat dikawal 35 minit kemudian dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Iklan