Ukraine bantah pakej sekatan EU tanpa larangan eksport minyak Rusia

Iklan
Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba - Foto Reuters

BRUSSELS - Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berkata, Kiev menjangkakan pakej sekatan keenam Kesatuan Eropah (EU) terhadap Rusia turut merangkumi larangan eksport minyak dari negara itu.

Beliau membuat kenyataan itu selepas mesyuarat menteri luar EU di Brussels pada Isnin.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, masih belum jelas sama ada pakej itu akan diluluskan pada Isnin dan turut membabitkan isu eksport minyak Rusia.

Kuleba berkata, Hungary satu-satunya negara yang membantah usul itu.

Iklan

Ukraine tidak merancang mengadakan perbincangan dengan jirannya Hungary, kata Kuleba sambil menyifatkan perkara itu harus diselesaikan dalam organisasi EU sendiri.

Mengulas mengenai pakej sekatan ketujuh EU, Menteri Luar Ukraine itu berkata, sekatan terhadap eksport Rusia harus disasarkan secara langsung kerana ekonomi Ukraine lebih banyak terjejas akibat sekatan.

Iklan

Sekurang-kurangnya 3,668 orang terbunuh dan 3,896 lagi cedera di Ukraine sejak Rusia memulakan operasi ketenteraannya pada 24 Februari, menurut anggaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Angka sebenar dikhuatiri lebih tinggi. Lebih 6.2 juta rakyatnya telah melarikan diri ke negara lain, dengan 7.7 juta hilang tempat tinggal, menurut agensi pelarian PBB. - Bernama