Iran antara negara catat kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia

Iklan
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia. - Foto 123rf

TEHRAN - Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Zahraei membuat kenyataan itu dalam satu temu bual eksklusif dengan IRNA sempena Minggu Vaksinasi Sedunia.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, Kementerian Kesihatan Iran telah menyediakan perlindungan vaksinasi kepada 95 peratus penduduk negara itu selama bertahun-tahun.

Tema program vaksinasi ialah ‘tiada kanak-kanak harus mati akibat penyakit yang boleh dicegah’.

Iklan

Menurutnya, sejak beberapa minggu lalu kira-kira 235,000 rakyat asing berusia antara sembilan dan 30 tahun yang tinggal di Iran sudah menerima suntikan vaksin campak. - Bernama

Iklan