KUALA SELANGOR - Seramai 43 mangsa daripada 14 keluarga di Kampung Rantau Panjang di sini dipindakan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Orang Ramai MPKS Bestari Jaya di sini selepas rumah mereka dinaiki air pada Selasa.
Pegawai Pertahanan Awam Daerah Kuala Selangor, Kapten (PA) Mohd Khairul Sobri Abdul Rahim berkata, semua mangsa dipindahkan secara berperingkat bermula jam 1 tengah hari Selasa.