Cadangan GIACC dibentang pada Mesyuarat JKKMAR, kabinet

Iklan
Wan Junaidi (kanan) mengadakan pertemuan dengan Mohd Sallehhuddin serta pegawai-pegawai GIACC dan Biro Pengaduan Awam (BPA) pada Rabu.

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Cadangan pembaharuan berkaitan governans, integriti dan antirasuah akan dibentangkan untuk pertimbangan kerajaan melibatkan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) dan seterusnya di mesyuarat jemaah menteri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, cadangan itu meliputi tiga pembaharuan iaitu hala tuju dasar berhubung penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Sumbangan Politik, status terkini pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 serta cadangan pembangunan Pelan Tadbir Urus Baik Nasional (MyGovernance).

Iklan
Iklan
Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar

"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Pengarah GIACC, Datuk Seri Mohd Sallehhuddin Hassan serta pegawai-pegawai GIACC dan Biro Pengaduan Awam (BPA). Melalui pertemuan tersebut, GIACC telah membentangkan cadangan pembaharuan berkaitan governans, integriti dan antirasuah untuk pertimbangan kerajaan.

"Ketiga-tiga cadangan itu akan dibentangkan di Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) akan datang dan seterusnya di mesyuarat jemaah menteri,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Wan Junaidi berkata, antara perkara lain yang turut dibincangkan adalah status terkini RUU Ombudsman yang dicadangkan untuk dibentangkan kepada kerajaan pada tahun ini.

Jelasnya, penelitian harus diberikan kepada aspek dasar penubuhan Ombudsman tersebut bagi memastikan keberkesanan undang-undang berkaitan Ombudsman kelak.

Iklan

"Hebahan berhubung usaha membanteras rasuah juga perlu dipertingkatkan oleh semua agensi kerajaan bagi membentuk persepsi positif terhadap keseriusan kerajaan dalam membendung rasuah, sekali gus berupaya meningkatkan prestasi negara dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) bagi tahun akan datang,” ujar beliau.