Tidak bayar parkir, warga emas didenda RM150

Iklan
Padah tidak membayar parkir, seorang warga emas yang mempunyai tunggakan 150 saman, didenda RM150 atau penjara sehari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok pada Rabu.

KUALA LANGAT - [DIKEMAS KINI] Padah tidak membayar parkir, seorang warga emas yang mempunyai tunggakan 150 saman, didenda RM150 atau penjara sehari oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu.

Majistret Khairul Farhi Yusob menjatuhi hukuman itu selepas tertuduh yang berusia 60 tahun mengaku bersalah atas pertuduhan berkenaan.

Iklan
Iklan

Sejurus membayar denda, lelaki itu turut menjelaskan tunggakan saman di Pejabat Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) berjumlah RM1,500.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ketua Pegawai Pendakwa MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwa, Ahmad Razali Abdul Manaf.

Iklan

Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, sempena ulang tahun pertama pengisytiharan, MPKL memberikan tawaran diskaun bayaran kompaun parkir.

Beliau berkata, tawaran itu dibuka sehingga 9 September depan.

Iklan

"Tawaran diskaun kompaun sebelum tahun 2019 adalah sebanyak RM15, manakala RM10 bagi tahun 2020 hingga 2022," katanya dalam kenyataan media.