Penggunaan racun perosak punca sarang lebah kurang

Iklan
Sarang lebah didapati kurang di beberapa buah negeri termasuk Pulau Pinang kerana penggunaan racun perosak dalam kalangan petani.

GEORGETOWN - Penggunaan racun perosak dan pembunuh rumpai yang berlebihan antara punca sarang lebah di kawasan Balik Pulau di sini semakin berkurangan.

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Mohideen Abdul Kader berkata, perkara itu diakui oleh seorang petani yang ditemui di kawasan berkenaan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tinjauan CAP mendapati amat sukar menemui sarang lebah di beberapa kawasan di Pulau Pinang, Kedah termasuk Perak.

"Lebah hinggap di atas bunga dipenuhi racun perosak dan kemudiannya membawa nektar ke koloni. Nektar itu diberi oleh ratu lebah kepada lebah pekerjanya yang sedang membesar untuk dimakan.

Iklan

"Dengan cara itu, seluruh koloni diracuni. Disebabkan itu, dalam tempoh 20 tahun kebelakangan ini, berlaku penurunan yang besar terhadap bilangan sarang lebah," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, lebah perlu diselamatkan demi kepelbagaian biologi dan alam semulajadi.

Iklan

"Racun perosak sememangnya bahaya untuk kesihatan manusia dan alam sekitar. Dari dulu lagi, CAP mendidik petani mengamalkan pertanian semula jadi yang selamat dan produktif.

"Pertanian bersepadu adalah salah satu cara untuk menghapuskan perosak dan rumpai. Ini memastikan penghapusan perosak berbahaya dan peningkatan serangga pemangsa. Ia menunjukkan lebah adalah bahagian penting dalam pertanian semula jadi," katanya.

Mohideen memberitahu, sudah tiba masanya petani menyingkirkan racun perosak, pembunuh rumpai dan pelbagai bahan kimia berbahaya lain dari ladang mereka dan beralih kepada kaedah pertanian semula jadi.

"Lebah madu bergerak dari bunga ke bunga, mengumpul nektar dan bijirin debunga selain mengumpul debunga dengan menggosok kepala sari.

Debunga terkumpul pada kaki belakang dan apabila lebah terbang dari bunga ke bunga, beberapa butir debunga dipindahkan ke stigma bunga lain. Oleh itu, peranan mereka dalam pendebungaan silang adalah sangat penting," katanya.

Beliau berkata, lebah akan melompat dari satu bunga ke bunga yang lain untuk membantu pendebungaan silang sekaligus meningkatkan hasil sehingga 20 hingga 30 peratus.

"Pendebungaan meningkatkan pertumbuhan tumbuhan dan memastikan tumbuhan tahan penyakit," katanya.

Tambahnya, kekurangan pengetahuan manusia mengenai lebah adalah satu lagi punca kepupusannya.

"Apabila melihat sarang lebah, kebanyakan daripada kita membakar dan memusnahkan seluruh sarang kerana takut disengat.

"Tidak semua lebah berbahaya antaranya lebah bukit, lebah madu dan lebah tidak bersengat. Jenis ini dianggap selamat apabila kita mempelajari kaedah yang betul untuk memeliharanya," katanya.