PADANG BESAR - Batalion 18 Pasukan Gerakan Am (PGA) menggagalkan cubaan menyeludup keluar lebih satu tan daun ketum di kawasan kebun berhampiran Kampung Wang Kelian, dekat sini pada Rabu.
Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA, Superintendan Ramli Wan Salin berkata, longgokan daun ketum dianggar bernilai RM30,450 itu ditemukan unit risikan PGA yang melakukan rondaan di kawasan tersebut pada jam 3 pagi.