KPDNHEP gagalkan kegiatan penyelewengan diesel subsidi

Iklan
Lori tangki yang dirampas bersama diesel bersubsidi dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Marang, pada Rabu.- Foto Ihsan KPDNHEP

MARANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu menumpaskan kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dalam satu serbuan di sebuah stesen minyak di Wakaf Tapai, pada Rabu.

Pengarahnya, Saharuddin Mohd Kia berkata, hasil serbuan pada jam 9.30 malam itu, sebanyak 16,380 liter diesel dan sebuah lori dirampas dengan nilai keseluruhan berjumlah RM83,217.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kegiatan pemindahan minyak diesel yang mencurigakan itu dikesan dilakukan dari pam stesen minyak ke ruang simpanan lori tangki tanpa kebenaran daripada Pengawal Bekalan Malaysia.

"Ketika serbuan dilakukan, terdapat seorang pemandu lori tangki sedang leka mengisi minyak di dalam tangki simpanan lori di stesen minyak berkenaan.

Iklan

"Pemeriksaan mendapati terdapat sambungan paip diubahsuai dipercayai untuk menyalurkan diesel yang diiisi dari tangki asal ke ruang simpanan lori, kira-kira 16,380 liter minyak diesel berada di ruang simpanan lori tersebut," katanya dalam kenyataan, pada Khamis.

Saharuddin berkata, pihaknya melakukan pemantauan selama seminggu dan pegawai risikan mengekori lori tangki tersebut dari stesen minyak ke stesen minyak sebelum serbuan dilakukan.

Iklan

"Modus operandi kegiatan ini adalah dengan membeli minyak diesel di beberapa buah stesen minyak sehingga penuh tangki simpanan lori.

"Siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti rantaian pengedaran minyak diesel bersubsidi tersebut. Siasatan turut dijalankan terhadap stesen-stesen minyak terlibat sama ada bersubahat dengan kegiatan ini.

"Pemandu lori tangki berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.