Mayat pegawai kanan imigresen ditemui

Iklan
Seorang pegawai kanan imigresen yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra ditemukan lemas pada Khamis.

KOTA BHARU - Seorang pegawai kanan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kelantan yang dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Kelantan berhampiran Jambatan Sultan Yahya Petra pada Isnin ditemukan lemas pada Khamis.

Mayat Khairul Nizam Omar, 46, ditemui dalam keadaan terapung di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Penambang di sini pada jam 11.30 pagi.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Mohd Rosdi Daud berkata, sejurus menerima maklumat berkait dengan penemuan mayat tersebut oleh seorang penduduk, anggota pasukan mencari dan menyelamat (SAR) digerakkan ke lokasi.

"Setiba di lokasi anggota SAR mendapati mayat tersebut berada dalam keadaan terapung dan lengkap berpakaian.

Iklan

"Pada jam 12.20 tengah hari, anggota SAR telah membawa mayat berkenaan dengan menaiki bot Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) ke Pos Kawalan Tempatan Kejadian (PKTK) di bawah Jambatan Sultan Yahya Petra," katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Menurutnya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit forensik Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ ll) untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Iklan

Katanya, hasil pengecaman yang dilakukan oleh isteri mangsa mengesahkan bahawa mayat berkenaan adalah suaminya berdasarkan muka dan pakaian.

Sementara itu, kakak mangsa, Kamariati Omar, 56, reda dengan dengan apa yang berlaku.

"Saya bersyukur akhirnya jasad adik ditemui, sekurang-kurangnya ada pusara untuk kami ziarah.

"Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Titian, Kampung Paloh, Pasir Mas selepas solat Isyak," katanya.