Ketua kampung 'orang luar'

Iklan
Md Said (dua, kiri) menyerahkan surat bantahan ketua kampung kepada wakil Menteri Besar Johor.

KOTA TINGGI - Jawatankuasa Bertindak Kepimpinan Masyarakat Kampung Felda Pasak mengambil serius isu bantahan ketua kampung yang disuarakan penduduk melalui penyerahan surat bantahan kepada Menteri Besar Johor.

Pengerusinya, Md Said Simat berkata, penyerahan surat bantahan itu adalah lanjutan dari perhimpunan bantahan lantikan ketua kampung yang diadakan Februari lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, surat berkenaan diserahkan sendiri oleh beliau bersama beberapa jawatankuasa yang hadir sendiri ke pejabat Menteri Besar Johor.

"Penyerahan telah dibuat kepada pegawai di pejabat Menteri Besar.

Iklan

Kita masih membantah lantikan dibuat berikutan ketua kampung berkenaan bukan dari kalangan anak peneroka atau menantu rancangan kami.

"Hampir semua masyarakat menolak pelantikan tersebut dan berharap sangat akan mempunyai seorang ketua kampung yang sentiasa boleh berkomunikasi dengan baik tanpa memilih kepentingan peribadi di semua warga kampung Felda Pasak," katanya.

Iklan

Md Said berkata, selaku masyarakat kampung dan Jawatankuasa Bertindak Kepimpinan Masyarakat Kampung Felda Pasak sentiasa memberi sokongan yang padu dan yakin di atas kepimpinan Menteri Besar Johor.

Katanya, oleh demikian apa diharapkan kerajaan negeri memandang ke hadapan dan bersikap positif di atas perkara ini demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan serta keamanan kampung.