Jakim giat jejak 'The Hood Man' isu penyembelihan di Australia

Iklan
Idris Ahmad

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menggiatkan usaha menjejaki lelaki dikenali di media sosial sebagai ‘The Hood Man' (Abdullah) bagi membantu siasatan terhadap dakwaan loji penyembelihan Thomas Foods International (TFI) Lobethal, Australia, yang didakwa lelaki itu sebagai tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata, sehingga kini pihaknya belum dapat menghubungi lelaki berkenaan.

Iklan
Iklan

"Sekarang ini kami berusaha untuk bercakap dengan lelaki yang membuat pendedahan mengenai kes itu, dan kita mahu dia memberikan kerjasama yang baik.

"Setakat ini kami belum dapat menghubunginya, walaupun mengikut maklumat pegawai kami sudah dapat menghubunginya, dan dia beritahu akan hubungi semula, tetapi sampai hari ini usaha itu belum berjaya sedangkan usaha ini penting bagi mencari bukti serta menyelesaikan maslaah,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Nasional"Islam, Keluarga Malaysia dan Keharmonian: Membina Agenda Kalis Cabaran Masa Depan” di Dewan Besar Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini, pada Khamis.

Sebelum ini media mendedahkan pengakuan seorang bekas pekerja sebuah rumah penyembelihan di Australia yang mendakwa terdapat bukti rakaman video cara sembelihan haiwan yang dikatakan melanggar protokol sebenar.

Iklan

Mengulas lanjut, Idris berkata, pihaknya juga tidak berkompromi dengan isu berkenaan kerana perkara itu melibatkan soal halal dan haram.

"Kalau ikut fakta yang diberikan oleh pegawai kita di sana (Australia), kita bersedia, kalau ada maklumat seperti fakta dan data, malah kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini,” katanya.

Menurutnya yang penting untuk pencarian itu Jakim memerlukan maklumat yang tepat, dan pihaknya mengakui mempunyai kamera litar tertutup (CCTV) serta beberapa kelengkapan lain di pusat penyembelihan terbabit.

Sementara itu Idris berkata Jakim sudah menggantung operasi kira-kira 16 pusat loji sembelihan Thomas Foods International Lobethal, Australia, sehingga hasil siasatan yang menyeluruh diperoleh. - Bernama