'Nak cepat punya pasal'

Iklan
Aksi seorang penunggang motosikal mengekori kenderaan polis yang sedang mengiringi sebuah ambulans milik APM di Jalan Kuching pada Khamis.

KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal yang mengekori kereta polis ketika sedang mengiringi sebuah ambulans Angkatan Pertahanan Awam(APM) diberi amaran oleh anggota polis bertugas dalam kejadian di Jalan Kuching di sini pada Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kejadian tersebut tular menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok.

Iklan
Iklan

Menurutnya, video berkenaan memaparkan sebuah kenderaan polis sedang memberi laluan dan dirakam oleh salah seorang penumpang kenderaan yang diiring.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 8.40 pagi apabila kenderaan polis berkenaan dari JSPT Kuala Lumpur sedang membuat penugasan rondaan dan pemantauan di sekitar Jinjang dan Kepong.

Iklan

"Anggota polis bertugas kemudiannya mendapati sebuah ambulans APM dari arah bulatan Kepong terhalang laluannya akibat laluan sesak menghala ke Jalan Kuching," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, anggota polis bertugas kemudian mengiringi ambulans berkenaan menghala ke tempat kemalangan untuk bantuan kecemasan.

Iklan

"Dalam video yang ditularkan terdapat penghargaan kepada pihak polis yang mengambil tindakan pantas mengiringi ambulans berkenaan.

"Namun dalam masa sama terdapat sebuah motosikal yang mengikuti rapat kenderaan polis, bagaimanapun anggota polis terlibat berjaya menghalang penunggang motosikal tersebut dan memberikan amaran supaya tidak melakukan tindakan sedemikian," katanya.