Permintaan Sabah diharap dapat dibincang dengan baik: PM

Iklan
Ismail Sabri menyempurnakan gimik pelancaran Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di SICC Kota Kinabalu pada Jumaat.

KOTA KINABALU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap sebarang isu atau permintaan Sabah dapat dibincangkan serta dipertimbangkan untuk diselesaikan dengan baik.

Beliau berkata, kerajaan Persekutuan amat positif untuk memenuhi perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terutama yang sepatutnya diperoleh oleh Keluarga Malaysia Sabah.

Iklan
Iklan

"Sehubungan itu, sebuah Jawatankuasa Peringkat Persekutuan dibentuk dan dipengerusikan oleh saya sendiri dan disertai Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor bagi membincangkan pelbagai perkara termasuk tuntutan Sabah menerusi MA63.

"Dengan semangat Keluarga Malaysia, kita berharap sebarang isu atau permintaan Sabah yang tertunggak dapat dibincangkan dan diselesaikan sebaik-baiknya," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jelajah Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Jumaat.

Iklan

Sementara itu, berucap mengenai Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia, Ismail Sabri berkata, ia menerapkan nilai keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dalam konteks sokongan dari segi sebuah kasih sayang merentasi etnik dan agama akan diteruskan ke seluruh negara.

"Sejak dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan Ogos lalu, saya telah melawat Sabah sebanyak empat kali dan sememangnya negeri ini sangat dekat di hati saya.

Iklan

"Saya bangga melihat kepelbagaian etnik di Sabah yang boleh duduk semeja tanpa mengira sentimen agama dan bangsa.

"Inilah semangat sebenar Keluarga Malaysia yang mahu ditekankan. Bak kata pepatah orang Kadazan, 'Osusa Toi Asanang

Tomoi-mo Mi-i-so' yang bermaksud susah atau senang, suka dan duka kita tetap bersama dan bersatu dalam satu Keluarga Malaysia. Inilah harapan besar saya.

"Selain itu, sifat keterbukaan rakyat Sabah yang diwarisi sejak zaman berzaman terbukti dipegang teguh dalam memupuk keharmonian hidup masyarakat negeri Di Bawah Bayu ini.

"Pelbagai perbezaan yang ada mewarnai kehidupan mereka sehingga mampu membentuk sebuah keluarga besar yang cekal mengharungi serba-serbi liku cabaran bersama," katanya.