KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan Nasihat Lekukan Tropika yang dikesan pada Latitud 17.4 Utara dan Longitud 98.0 Timur, kira-kira 474 kilometer (km) dari barat laut Bangkok, Thailand.
MetMalaysia dalam kenyataan yang dikeluarkan pagi Sabtu memaklumkan ribut itu bergerak ke arah utara timur laut dengan kelajuan 7km sejam (km/j) dengan kelajuan angin maksimum 60km/j.