Di Maria tinggalkan PSG musim panas ini

Iklan
Di Maria. - Foto Football Espana

PRESIDEN Paris Saint-Germain (PSG), Nasser Al-Khelaifi mengesahkan penyerang sensasi kelab berkenaan, Angel Di Maria bakal meninggalkan kelab berkenaan apabila kontraknya tamat musim panas ini.

Menurut Nasser, penyerang Argentina itu bakal menyertai gergasi Serie A, Juventus dan segala urusan mengenai perpindahannya telah pun disempurnakan.

Iklan
Iklan

"Selepas musim panas nanti, Di Maria tidak lagi bersama kita dan telah memilih Juventus sebagai haluan baharunya.

"Bagaimanapun, kita akan tetap mengenang segala jasanya sepanjang beraksi bersama PSG dan membantu memenangi banyak trofi kejuaraan,” katanya.

Iklan

Untuk rekod, Di Maria menyertai PSG dari Manchester United pada 2015 dan telah mengecap pelbagi kejayaan bersama skuad Les Parisiens.

Antaranya, membantu PSG memenangi lima gelaran Ligue 1, empat trofi Coupe de la Ligue dan Coupe de France selain muncul naib juara Liga Juara-Juara pada musim 2019-2020 lalu.

Iklan

Sementara itu Nasser berkata, nama Di Maria sudah pun tersenarai sebagai antara pemain paling berpengaruh di kelab berkenaan.

Malah katanya, Di Maria akan terus diingati sebagai pemain yang banyak membantu kejayaan PSG, sama ada di peringkat domestik mahu pun bagi kejuaraan di peringkat Eropah.

"Bagi saya, Di Maria akan diingati oleh penyokong sebagai pemain yang cukup sempurna, menunjukkan komitmen yang tidak berbelah bahagi untuk mempertahankan warna kami.

"Namanya (Di Maria) sudah pasti akan berada dalam sejarah kelab ini (PSG) dan untuk itu saya menjemput seluruh keluarga PSG untuk memberikan penghormatan terakhir kepadanya nanti,” katanya.