UMNO Johor sasar menang 20 kerusi Parlimen pada PRU15

Iklan
UMNO Johor meletakkan sasaran menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen pada PRU15 akan datang. - Gambar hiasan

KULAI - UMNO Johor meletakkan sasaran menang sekurang-kurangnya 20 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Iklan
Iklan

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, sasaran itu diletakkan setelah melihat kejayaan parti itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Melaka yang lepas.

"Kalau kita lihat senario sekarang, ia tentu sekali menjurus kepada lebih banyak kerusi Parlimen untuk kita menangi.

Iklan

"Kita kira (dalam PRN Johor) sebanyak 40 daripada 56 kerusi kita menang dan kita dapat dua pertiga. Jadi kita cuba sasar sebaik-baiknya 20 daripada 26 Parlimen, itu dari sudut penerangan negeri dan kita tengok berdasarkan kemampuan kita,” katanya ketika sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Aidilfitri Penerangan UMNO Johor, di sini malam Sabtu.

Dr Adham yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai sasaran UMNO Johor pada PRU15.

Iklan
Ahli Parlimen Tenggara itu berkata, jentera penerangan UMNO negeri ketika ini berada dalam keadaan bersiap siaga untuk berdepan PRU15 yang dijangka boleh berlaku pada bila-bila masa.

"Bagi penerangan (PRU15) kita melihat ke arah dua perkara iaitu bagaimana prosedur operasi standard (SOP) masa depan dikendalikan, sama ada menggunakan SOP seperti PRN atau baharu, tetapi pembukaan sektor ekonomi 1 April lepas menunjukkan bahawa ada lebih kebebasan untuk berkempen.

"Tetapi kita tetap akan gabung pendekatan sama ada hibrid dan juga fizikal, untuk pengundi baharu kita juga akan menggunakan media sosial (seperti sebelum ini),” katanya.

Pada PRU14, daripada 26 kerusi Parlimen yang dipertandingkan, BN hanya memenangi lapan kerusi dengan UMNO tujuh kerusi (Parit Sulong, Sembrong, Mersing, Tenggara, Kota Tinggi, Pontian dan Pengerang) dan MCA satu kerusi iaitu Ayer Hitam.

Bagaimanapun, pada Disember 2018, Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd Latif Ahmad dan dua bulan selepas itu beliau menyertai Bersatu, menjadikan kerusi Parlimen Johor yang dipegang BN adalah tujuh kerusi.

Bagaimanapun, dengan Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng daripada MCA yang memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai pada 16 November 2019, menjadikan kerusi Parlimen yang dipegang BN kembali kepada lapan kerusi. - Bernama