Jangan buat pembelian panik: KPDNHEP

Iklan
KPDNHEP mengingatkan orang ramai khususnya di Lembah Klang agar tidak membuat pembelian panik ayam mentah.

SHAH ALAM - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan orang ramai khususnya di Lembah Klang agar tidak membuat pembelian panik ayam mentah.

Dalam hantaran di Facebook pada Jumaat, kementerian berkenaan berkata, ini kerana bekalan ayam standard tetap ada dan dijual di pasar raya dan hypermarket utama.

Iklan
Iklan

"Berdasarkan maklum balas, bekalan ayam standard tetap ada dan dijual di pasar raya dan hypermarket di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya.

Persatuan Penternak Ayam Negeri Selangor (PPANS) pada Jumaat mengesahkan tiada pengeluaran ayam dari ladang pada Sabtu.

Iklan
Iklan

Pengerusinya, Idrus Zain Abidin berkata, permasalahan tersebut berpunca daripada ayam sakit.